About Us

My Kids Dental Care is the first Private Dental Expert Clinic to adopt the “Shariah Compliant” concept. Our clinic provides high quality dental treatment services at affordable prices. My Kids Dental Care is also led by highly experienced doctors.

Get to know our doctors

dr-mykid-v2

DR ZEEFITRI SANIAH BIDIN
(DDS UKM, MClinDent UM)

Berkelulusan cemerlang Doctor of Dental Surgery dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Kemudian, telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang kepakaran pergigian pediatrik Master of Clinical Dentistry dari Universiti Malaya. Beliau telah didaftarkan dengan Malaysian Dental Council (MDC) semenjak tahun 2004 dan telah berkhidmat di sektor kerajaan selama 11 tahun (2004-2015).

Pernah berkhidmat di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Tawau, Sabah 2004 sebagai Pegawai Pergigian Tahun Petama (FYDO). Kemudian beliau melanjutkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Pergigian Yang Menjaga Daerah di Klinik Pergigian Papar (2005-2009), seterusnya berkhidmat di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Ibu dan Anak, Likas (2009-2010). Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam bidang akademik pergigian pada tahun 2010 sebagai Pensyarah Pelatih, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pernah mengikuti latihan klinikal semasa program tahun akhir Kepakaran di Hospital Sungai Buloh (September 2013- Mac 2014), Melbourne Dental School (April 2014) dan Institut Pediatrik Kuala Lumpur (Mei 2014 – September 2014). Seterusnya, telah menjadi Pensyarah Klinikal Pakar Pergigian Pediatrik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sehingga September 2015. Beliau telah diiktiraf oleh National Speciality Register of Malaysia sebagai Pakar Pergigian Kanak-Kanak yang bertauliah pada 28hb Oktober 2015.

Semasa berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau telah mengikuti beberapa kursus penting seperti Management of Medical Emergencies, Tobacco Cesessation-Role of Dental Officer, Caries Calibration, Early Detection Oral Cancer, Antenatal Seminar dan lain-lain. Pernah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada tahun 2008.

Sekarang, beliau merupakan peneraju utama dalam rawatan klinikal My Dental Care Sdn Bhd. Beliau merupakan pensyarah sambilan dalam Jabatan Pergigian Kanak-kanak dan Ortodontik, Universiti Malaya, Beliau juga aktif memberikan seminar pergigian dan mengikuti karnival kanak-kanak yang dianjurkan oleh kerajaan dan juga badan swasta.

IMG_6251 2 edit

DR SYED MOHD FAIZAL BIN SYED HASSAN
(IDG TRISAKTI)

Berkelulusan Bachelor of Dental Surgery dari Dental School of Trisakti University. Pernah berkhidmat di OMFS & Paed Dental Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, Nov 2014 – Apr 2015 dan Klinik Pakar Pergigian Seremban,Negeri Sembilan Apr 2015- Jul 2015  sebagai Pegawai Pergigian Tahun Petama (FYDO). Kemudian beliau melanjutkan perkhidmatannya berkhidmat di Jabatan Pergigian sebagai pegawai pergigian di KKM Klinik pergigian Seremban 2, Negeri Sembilan, Jul 2015- Nov 2015 dan KKM Klinik Pergigian Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Nov 2015 – 2017